Saturday, August 22, 2009

dunia andaman...




pergh....di awal saya memasuki dunia andaman ini sungguh mencabar.. saya menjejak kaki dalam dunia andaman ini setelah beberapa bulan keluar dari hospital.. ketika itu saya sudah melupakan niat untuk menyambung belajar kerana keadaan fizikal saya yang tidak mengizinkan..

lupakan kisah lama tersebut..hidup mesti diteruskan... bermula sebagai penjahit manik di baju pengantin..saya sedikit demi sedikit belajar make-up.. permulaannya segalanya agak susah dan saya tetap berusaha kerana saya memikirkan sekirannya saya tidak berusaha pasti tidak akan berjaya.. saya menerima hakikat bahawa dunia andaman ini adalah periuk nasi saya..

setelah mempunyai pengalaman beberapa tahun bekerja dengan orang, saya mengorak langkah memberanikan diri membuka perniagaan sendiri di kepala batas...

Allhamdulillah, kini saya sudah memilik butik idaman saya beralamat di No 2087 tingkat bawah, Jalan Kedah 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang...

jika anda mempunyai masa dan mahu melihat pakej-pakej yang disediakan saya sentiasa mengalualukan kehadiran saya..


pengantin saya pada 6 Julai 2009



hiasan meja makan pengatin...


hiasan bilik pengantin


hasil kerja ku...

walaupun Allah memberikan saya sebuah dugaan yang besar semasa saya pulang ke kedah pada tahun 2001, namun segala dalam hidup saya telah berubah...

walaupun nikamt kaki saya ditarik Allah namun tuhan masih menyayangi saya...
saya dikurniakan bakat dalam dunia andaman..

bermula sebagai seorang penjahit manik di sebuah kedai pengantin, saya mengorak langkah membuka butik sendiri pada oktober 2006...

disangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari..dengan harapan saya membuka kedai pada tarikh tersebut, namu x sampai setahun saya terpaksa tutup seketika kerana masalah kewangan

namun Allah masih sayangkan saya, berkat sokongan keluarga saya bangkit semula dan walaupun penat dan sakit yang terpaksa saya tanggung saya tetap berusaha. kerana bagi saya sekali saya melangkah membuka butik ini saya tida boleh berganjak dan patah baili kebelakang..


saya memiliki bakat dalam mengubah suai dalaman rumah..acapkali hari raya keluarga saya memberi kepercayaan kepada saya untuk melaksanakan tugasan tersebut.....




gambar rumah sebelu sentuhanku....



setelah disentuh....

salam perkenalan

gambar saya bersama ibu dan ayah...


alhammdulillah, dengan izin Allah swt, saya mampu menerokai alam blog yang sebelum ini saya tida pernah terfikir mengenainnya.. terima kasih kepada adik saya yang tercinta kerana dengan sokongan yang diberikannya saya gagahkan diri unuk membuat laman ini

saya dengan harapan yang tinggi mengharapkan setiap insan yang menatap blog ini memberi perhatian dan menerima dengan hati yang terbuka dengan kehadiran saya yg serba kekurangan ini...